MENGENAI KAMI

Setakat ini, kami telah berjaya menyediakan pembersihan kami kepada lebih 5,000 pelanggan Abdel di kawasan kediaman dan komersial di Lembah Klang, Selangor.

KISAH KAMI

Abdel ialah pakar all-in-one bagi upholsteri, tilam dan permaidani serta pakar pembasmi kuman untuk premis komersial dan kediaman. Abdel ditubuhkan pada tahun 2019 untuk memenuhi permintaan yang tinggi bagi menyediakan perkhidmatan pembersihan profesional fabrik dan pembasmian kuman yang beroperasi dengan penggunaan bahan kimia dan peralatan yang selamat dan mesra alam. Servis pembersihan kami meliputi permaidani, tilam, sofa dan tempat duduk kereta. Pada asasnya, misi kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat untuk perniagaan pelanggan kami dan orang tersayang.Mulakan perjalanan anda bersama Abdel untuk mendapatkan ruang yang lebih bersih.

VISI KAMI

Menjadi pilihan utama untuk perkhidmatan pembersihan profesional upholsteri, tilam dan permaidani, serta pembasmian kuman yang berkualiti di Malaysia.

MISI KAMI

Menyediakan servis pembersihan upholsteri, tilam, permaidani dan pembasmian kuman yang menepati standard global, serta menjadikan ruang kerja dan kediaman tempat yang lebih selamat.

NILAI TERAS KAMI

Komitmen kepada Pelanggan

Kami berbangga dengan komitmen kami untuk menyediakan nilai perkhidmatan yang tiada tandingan kepada pelanggan kami

Komitmen Terhadap Satu Sama Lain

Kami sentiasa melabur dari segi kewangan dan latihan praktikal bagi menubuhkan sebuah pasukan yang profesional dalam industri pembersihan.

Mengutamakan Ketelusan

Abdel percaya dengan wujudnya ketelusan dan mutu servis yang berkualiti, kami berpeluang untuk memperoleh kepercayaan daripada pelanggan.

Profesionalisme Berkualiti

Pasukan Abdel terdiri daripada profesional pembersihan pelbagai jenis fabrik bagi perabot seperti upholsteri, tilam, dan permaidani, dan tilam. Kami juga komited untuk memberi kesan positif terhadap kehidupan dan persekitiran pelanggan kami.

Kerjaya

PELUANG KERJAYA BERSAMA ABDEL

MEMPERKASA BAKAT

Nilai kepelbagaian amat terbenam dalam operasi harian kami. Pasukan kami terdiri daripada warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan dari semua lapisan masyarakat, dan diperkasakan sepenuhnya oleh Abdel untuk menjadi pembersih profesional yang bangga dan berpengalaman. Kami juga percaya pada belas kasihan dan keunikan setiap ahli pasukan kami yang membentuk semangat kami. Pasukan Abdel berdedikasi sepenuhnya terhadap nilai teras kami untuk menghasilkan persekitaran bersih yang dan selamat.

 Di Abdel, kami sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan pasukan kami. Jika anda seorang profesional pembersihan yang sedang mencari pekerjaan, hantarkan resume anda kepada kami sekarang!

Faedah Bekerja dengan Abdel