Kepakaran Kami
Keutamaan Abdel adalah untuk memberikan perkhidmatan pembersihan yang menyeluruh dan selamat. Kami mempunyai peralatan dan pengalaman untuk membunuh 99.99% kuman di udara dan permukaan, sekali gus memberikan ruang rumah dan tempat kerja yang bersih dan segar.
MILIK BUMIPUTERA. DIIKTIRAF SECARA GLOBAL.
Abdel ialah syarikat bumiputera dan memiliki pengkhususan dalam dua servis utama pembersihan profesional: upholsteri, pembersihan dalam untuk tilam dan permaidani, serta pembasmian kuman. Kami juga berbesar hati kerana diberi pengiktirafan oleh badan tempatan dan global untuk usaha kami dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan dan penggunaan kimia yang mesra alam.
Akreditasi Bagi Bahan dan Peralatan Pembersihan Kami:
MECSc & WOOLSAFE FIBER CARE SPECIALIST
8 LANGKAH PROSES
CUCIAN FABRIK MENDALAM ABDEL
DILULUSKAN OLEH MECSs DAN WOOLSAFE ORGANISATION
Alergen dan pencemaran lain tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, protokol pembersihan
permaidani dan upholsteri yang menyeluruh seperti yang disediakan oleh Abdel boleh mengurangkan
dan mengawal pencemaran di persekitaran anda.
HABUK | HAMA | KULIT MATI
Kenalpasti Jenis Fabrik
Fahami fabrik yang memerlukan pembersihan dan maklumkan kepada pelanggan berkenaan proses pembersihan keseluruhan.
Pengeringan Vakum
Vakum serpihan besar seperti batu kecil, pasir, habuk dan bulu haiwan peliharaan
Pra-Semburan
Agen pembersih yang mesra alam dan selamat akan digunakan untuk memecahkan kekotoran pada fabrik.
Agitasi
Menanggalkan kotoran dan serpihan halus dari perabot.
Pengekstrakan
Vakum kotoran yang telah dilarutkan pada serpihan yang lebih kecil.
Bilas
Bilas kain dari kotoran dan sisa agen pembersih dengan menyeluruh menggunakan larutan pewangi yang sesuai
Pembasmian Kuman
Menghalang risiko jangkitan bakteria dan virus, serta memastikan upholsteri anda kelihatan kemas.
Pengeringan
Peruntukkan 2-3 jam untuk mengeringkan fabrik perabot sepenuhnya.
5 LANGKAH PROSES PEMBASMIAN KUMAN PROFESIONAL
KAMI MELINDUNGI RUANG RUMAH ANDA
Mengenalpasti kawasan dan maklumkan proses pembasmian kuman kepada pelanggan
Memakai Pakaian PPE Lengkap
Coverall • Sarung Kasut • Goggle • Pelitup Separuh Muka • Sarung Tangan
Menyediakan Larutan Pembasmi Kuman yang Secukupnya
Membasmi Kuman di Kawasan Kritikal
Mengelap permukaan yang sering disentuh seperti tombol pintu, suis dan butang lif
Mulakan Penyemburan Pembasmi Kuman
Penghawa dingin, kipas, dan tingkap ditutup sebelum melakukan pembasmian kuman terhadap permukaan melalui penyemburan secara sasar dan sama rata.
KEHIDUPAN LESTARI UNTUK KINI DAN MASA DEPAN
RUMAH BERSIH, PLANET BERSIH
KOMITED MEMASTIKAN PRODUK PEMBERSIHAN YANG SELAMAT DAN BERTANGGUNGJAWAB
Produk pembersihan konvensional berkesan dalam membersihkan kotoran tetapi juga boleh menyebabkan implikasi kesihatan jangka panjang apabila terdedah kepada manusia. Namun begitu, Abdel menggunakan produk pembersihan mesra alam dan selamat. Berikut ialah beberapa bahan kimia pembersih yang kami gunakan untuk membersihkan fabrik dan ruang rumah anda.
Mengembalikan kualiti kilauan dan warna asal pada fabrik, dan seterusnya meninggalkan bau wangi yang menyenangkan.
Memecahkan bahan organik seperti air kencing, najis, muntah, wain dan kesan kopi.
Ejen penyahbauan dan pembilas yang juga membantu melembutkan fabrik.
Menanggalkan kotoran degil.
Berkesan dalam menghapuskan bakteria dan virus. Bahan ini bebas alkohol, pH neutral dan wangi.
Digunakan pada fabrik semula jadi untuk melarutkan kesan degil yang terdiri daripada minyak, gris dan bahan mineral.