1. Notis Privasi
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk
mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang
merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia,
mewajibkan kami memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data
peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan
diproses oleh pihak kami serta maksud- maksud bagi pemprosesan data tersebut.
Akta ini juga mewajibkan kami mendapatkan persetujuan anda terhadap
pemprosesan data peribadi anda.
Abdel Sdn Bhd sangat mengambil berat berkaitan privasi pelanggan kami. Kami
hanya mengambil, merekod, memegang, menyimpan dan menggunakan Data
Peribadi seperti yang termaktub di bawah:
Perlindungan data adalah berkaitan isu amanah dan kami mengambil penting privasi
anda.Oleh itu, Abdel Sdn Bhd hanya akan menggunakan Data Peribadi anda dalam
kaedah yangdigariskan di dalam Notis Privasi ini. Kami hanya akan mendapat Data
Peribadi inisekiranya perlu untuk kami berbuat demikian bagi melengkapkan urusan
kamindengananda.
Penyimpanan Data Peribadi ini adalah selama mana yang diperlukan dari segi
undang-undang atau selagi berkait dengan tujuan pemerolehan Data Peribadi
tersebut.
Anda bebas melayari laman web kami, www.abdel.com.my, dan juga laman sosial
kami,tanpa perlu memberikan sebarang Data Peribadi anda. Anda kekal sebagai
“anonymous” dan kami tidak boleh mengesan anda melainkan anda mendaftar
sebagai ahli di laman web kami.
Selain itu, kami hanya mempunyai akses kepada laman sosial anda apabila anda
memulakan “engagement” seperti “Share/ Like/ Comment”.
Akses ini adalah terhad seperti yang anda telah konfigurasikan di dalam akaun laman
sosial tersebut.
Justeru itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya
(secara keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan semasa proses tempahan,
semasa proses cucian atau semasa berhubung dengan kami, boleh digunakan dan
diproses oleh AbdelCuci & Coptokil Pest Control – dimilik oleh Abdel Sdn Bhd
(1366391 - H).
Sebarang cadangan atau aduan, sila ajukan ke bahagian khidmat pelanggan kami
atau
terus emel ke hai@abdelcuci.com
2. Pengumpulan Data Peribadi
a) Abdel Sdn Bhd sama sekali tidak akan menjual, berkongsi atau memperdagangkan
Data
Peribadi pelanggan yang kami peroleh secara atas talian (Laman Web, Laman Sosial,
SMS/Whatsapp).
b) Data Peribadi yang kami peroleh dengan cara ini hanya akan dikongsikan dengan
kumpulan syarikat kami dan juga pihak ketiga untuk tujuan yang dibenarkan di
bawah
peruntukan undang-undang Malaysia.
c) Apabila anda bersetuju untuk menggunakan dan melanggan perkhidmatan kami,
Data Peribadi yang kami perlukan adalah:
– Nama
– Alamat tempat cucian
– Nombor telefon
– Alamat Emel
– Tarikh Lahir (pilihan)
– Jantina (pilihan)
d) Data Peribadi yang kami peroleh ini akan diguna pakai atau dikongsi di dalam
kumpulan syarikat atau pihak ketiga bagi sebahagian atau kesemua tujuan di bawah:
– Untuk memberikan perkhidmatan yang telah ditempah oleh pihak pelanggan,
sama
ada oleh kumpulan syarikat kami atau syarikat lain yang dirasakan layak
menggantikan perkhidmatan kami (sekiranya berlaku kecemasan atau pihak kami
tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan);
– Untuk memaklumkan atau mengemas kini status tempahan atau untuk tujuan
sokongan pelanggan;
– Untuk menyampaikan maklumat perkhidmatan dan tempahan;
– Untuk memproses tempahan dan menyediakan perkhidmatan yang telah
ditempah;
– Untuk membolehkan kami mengurus tadbir akaun yang berdaftar dengan kami;
– Maklumat peribadi yang tidak wajib seperti tarikh lahir dan jantina akan digunakan
bagi tujuan kajian tentang demografi pelanggan kami dan untuk kami memberikan
cadangan atau maklumat dalam bentuk emel promosi yang kami rasakan berguna
kepada anda. Justeru, meningkatkan pengalaman anda apabila anda melawat
laman web dan laman sosial kami. Dengan memberikan maklumat peribadi yang
tidak wajib ini, anda dianggap sebagai telah mempersetujui untuk menjadi
sebahagian daripada kajian kami dan menerima cadangan atau maklumat seperti di
atas.
e) Semasa kami memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, sebahagian atau
kesemua
perkara berikut akan dilakukan:
– Mengambil gambar barangan yang dicuci;
– Mengambil gambar persekitaran tempat cucian;
– Mengambil gambar bersama pemilik barangan (pilihan).
f) Informasi ini diambil bagi tujuan:
– Pemasaran dan diguna pakai di dalam laman web dan laman sosial kami;
– Pemantauan kualiti kerja operator cucian kami;
– Bahan bukti hasil cucian oleh operator cucian kami;
– Pembelajaran dan peningkatan kualiti kerja.
3. Mengakses dan mengemaskini data peribadi anda
Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan
mengakses akaun anda di laman web kami di www.abdel.com.my
4. Keselamatan data peribadi anda
Abdel Sdn Bhd memastikan bahawa semua maklumat yang diperolehi akan disimpan
dengan
selamat dan berhati-hati. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan cara:
– Mengehadkan akses kepada Data Peribadi hanya melalui kata laluan;
– Menyelenggara produk teknologi unutk mengelakkan akses yang tidak
dibenarkan;
– Menghapuskan Data Peribadi anda secara selamat apabila sudah tidak
diperlukan lagi bagi tujuan pengekalan rekod kami
5. Pendedahan maklumat peribadi
Kami tidak akan berkongsi Data Peribadi anda dengan organisasi lain selain daripada
kumpulan syarikat kami dan pihak ketiga secara langsung untuk perkara yang
berkaitan dengan perlaksanaan perkhidmatan yang telah ditempah pelanggan dan
bagi tujuan yang
telah anda beri kebenaran.
Dalam keadaan yang dikecualikan, Abdel Sdn Bhd mungkin dikehendaki untuk
mendedahkan Data Peribadi, seperti apabila terdapat alasan yang memerlukan
pendedahan berkenaan untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau
kesihatan, atau dikehendaki oleh undang-undang Malaysia. Abdel Sdn Bhd sentiasa
komited dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 khususnya polisi
serta garis panduan dan perintah yang sejajar
dengannya. Jika anda mendapati bahawa privasi anda telah dilanggar oleh Abdel Sdn
Bhd, sila hubungi Wakil Khidmat Pelanggan dan kami akan menyelesaikan perkara
ini.
6. Pemerolehan data komputer yang tidak semestinya maklumat peribadi
a) Semasa anda melayari laman web dan laman sosial Abdel Cuci & Coptokil Pest
ontrol, pelayan (server) akan merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar web
(browser) secara automatik. Data ini mungkin termasuk:
– Alamat IP komputer anda
– Jenis pelayar web (browser)
– Laman Web yang telah anda kunjungi sebelum laman web kami;
– Halaman yang anda kunjungi dalam laman web Abdel Cuci & Coptokil Pest Control;
– Tempoh masa yang anda gunakan selama mengunjungi halaman tersebut, perkara
dan maklumat yang anda cari di laman web kami, masa dan tarikh akses, dan
statistik yang lain
b) Maklumat ini dikumpul untuk dianalisis dan dinilai bagi membantu kami
meningkatkan mutu
laman web dan laman sosial serta perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan.
Data ini
tidak akan digunakan bersama mana-mana maklumat peribadi yang lain.
7. Hal berkaitan pemasaran
a) Sehubungan dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta Abdel Sdn Bhd
secara notis
bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar tidak
memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana maksud-maksud berikut:
(i) Pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon/emel/surat bagi produk
atau
perkhidmatan Abdel Sdn Bhd atau kumpulan syarikat kami.
(ii) Mengirim kepada anda menerusi telefon/emel/surat bahan pengiklanan
atau pemasaran
Abdel Sdn Bhd atau kumpulan syarikat kami.
(iii) Menghantar sistem pesanan ringkas (SMS)/Whatsapp/menggunakan
media sosial yang
kami miliki sebarang bahan pengiklanan atau pemasaran Abdel Sdn Bhd atau
kumpulan syarikat kami
atau
(iv) Berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun sebarang
bahan
pengiklanan atau pemasaran Abdel Sdn Bhd atau kumpulan syarikat kami.
b) Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan,
aduan dan
meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau
menghadkan
pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan
kepada kami
menerusi pos berdaftar atau emel: hai@abdelcuci.com
8. Pindaan pada polisi kerahsiaan
Abdel Sdn Bhd berhak mengubahsuai dan meminda Notis Privasi pada bila-bila
masa.Sebarang pindaan pada polisi ini akan diterbitkan di laman web kami. Anda
patut memeriksa Polisi ini setiap kali anda mengakses laman web Abdel Sdn Bhd
agar anda
dimaklumkan sepenuhnya oleh versi terbaru yang dipakai.
9. Aduan mengenai pelanggaran kerahsiaan
Jika terdapat sebarang isu dari anda terhadap cara kami mengendalikan pertanyaan
atau aduan anda, sila hubungi Wakil Khidmat Pelanggan kami di 03- 3850 2335 atau
emelkan kepada kami di hai@abdelcuci.com